La'Boochy Bridal
Berkecimpung di dalam industri perkahwinan selama lebih 10 tahun, kini butik perkahwinan La'Boochy Bridal mengorak langkah untuk penampilan online khusus untuk kesenangan dan kemudahan bakal pengantin yang sedang mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka. Kami menerima segala tempahan atau sebarang pertanyaan melalui laman web ini.La'Boochy Bridal komited untuk memberikan servis berkualiti mengikut kesesuaian anda. Kami percaya produk dan servis kami menepati citarasa anda dengan aneka rekabentuk pelamin yang mengikut trend terkini. Pengalaman yang telah dilalui memberikan kami kelebihan sebagai salah satu butik perkahwinan pilihan ramai di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Silalah lawati butik perkahwinan shah alam ini atau hubungi kami untuk membuat temujanji bagi mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:
Post a Comment